fbpx
skip to Main Content

“Shah Alam South” mengapa kawasan ini sangat berpotensi.

1. Kawasan yang sedang pesat membangun melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor (PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD).

TROPICANA AMAN adalah projek usaha sama TROPICANA CORP bersama PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB). Satu projek melibatkan syarikat kerajaan negeri, maka pastinya potensi pembangunan kawasan ini sangat besar dan terjamin.

2. Jaringan Lebuhraya yang lengkap; WCE, SKVE, KESAS, LKSA dan ELITE.
➖ Ke Shah Alam/Klang/Setia Alam (WCE dan LKSA)
➖ Ke Subang Jaya/K.Lumpur/Puchong (ELITE dan KESAS)
➖ Ke Damansara/Sg.Buloh (WCE-NKVE dan ELITE-NKVE)
➖ Ke Putrajaya/Kajang/Bangi (SKVE)

3. DIKELILINGI OLEH 6 TOWNSHIP oleh pemaju terkemuka.

Sering pembeli bertanya mengapa projek berkonsepkan TOWNSHIP oleh pemaju terkemuka terlalu mahal. Jawapannya adalah kerana fasiliti yang disediakan oleh pamaju, konsep township yang ditawarkan dan nama pemaju itu sendiri.

Strategi yang mudah adalah dengan membeli projek di pinggir TOWNSHIP tersebut (Seksyen 29, Seksyen 30, Jln Kebun Baru) dengan harga jauh lebih rendah dengan saiz rumah lebih besar dan anda dapat MENUMPANG SAMA fasiliti dan kemajuan yang ditawarkan. Hal ini telah terbukti dengan mengambil Sungai Merab sebagai contoh. Anda boleh lihat bagaimana kawasan seperti Sungai Merab yang asalnya kampung mengalami peningkatan pasaran hartanah yang sangat drastik ekoran diapit oleh Putrajaya dan Bandar Baru Bangi.

Kawasan ini DIAPIT OLEH 6 TOWNSHIP oleh pemaju yang terkemuka;
➖ Eco Sanctuary oleh EcoWorld
➖ Kota Kemuning oleh Gamuda
➖ Rimbayu oleh IJM
➖ Putera 2 oleh IOI
➖ Twertyfive7 oleh Gamuda
➖ Tropicana Aman oleh Tropicana Corp dan PNSB

ECO-SANCTUARY oleh ECO-WORLD

RIMBAYU oleh IJM

TROPICANA AMAN oleh TROPICANA CORP & PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD

TWENTYFIVE7 oleh GAMUDA

TWENTYFIVE7 oleh GAMUDA

4. QUAYSIDE MALL di Twentyfive7 DIBUKA SECARA RASMI pada DISEMBER 2020.

Quayside Mall yang telah dibuka melengkapkan lagi gaya hidup bandar di Twentyfive.7 dan memberikan anda lebih banyak idea untuk meluangkan masa.

Berhadapan The Lake, Quayside Mall adalah pusat gaya hidup perbandaran ini yang menggabungkan kemudahan runcit dengan ruang interaktif yang mendorong interaksi di antara satu sama lain.

Warga Kota Kemuning dan bandar berdekatan tidak perlu menempuhi perjalanan jauh lagi semata-mata untuk menonton wayang pawagam mahupun menikmati aktiviti lain – Quayside Mall mempunyai semuanya!

Pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai kemudahan dan fasiliti hiburan, termasuk sebuah pawagam MBO seluas 45,000 kaki persegi yang juga adalah satu-satunya pawagam pada sekitarnya.

Dengan usaha memastikan pusat beli-belah ini dapat memberikan pengalaman menyeluruh kepada komuniti, pemilihan perniagaan di Quayside Mall dirancang dengan teliti supaya ia menggabungkan ciri-ciri praktikalnya dengan keseronokan.

Di Quayside Mall terdapat Jaya Grocer, Harvey Norman dan Karaoke Manekineko, iaitu salah satu rangkaian karaoke utama Jepun, di samping sebuah “Vertical Urban Farm” organik yang pertama di dalam sebuah pusat membeli-belah, sekaligus membawa definisi baharu untuk membeli-belah yang berfokuskan kepada komuniti.

Lebih menarik ialah rangkaian perjalanan yang selamat untuk penduduk berjalan kaki mahupun menunggang basikal. Antara pengalaman yang mungkin wujud di sini adalah anda boleh berbasikal terus ke pusat membeli-belah ini, dapatkan segala barangan yang hendak dibeli dan berbasikal terus ke rumah tanpa perlu menghadapi masalah mencari tempat letak kereta.

5. PEMBESARAN JALAN MENJADI 4-LORONG IAITU:
– Jln Lombong
– Jln Kebun Tambahan
– Lain-lain jalan sedia ada telah sedia 4-lorong

Back To Top
Need Help? Chat with us